mediajava

blog berita,info,Herbal,news,iklan

Penentangan terhadap Fahaman Wahhabiyyah – Salafi

Nama Wahhabi atau al-Wahhabiyyah adalah ditujukan kepada fahaman Syeikh
Muhammad bin `Abd al-Wahhab al-Najdi. Ia dinamakan Wahhabiyyah dan tidak
dinamakan al-Muhammadiyyah adalah bertujuan untuk menggelakkan
persamaan di antara para pengikut Nabi Muhammad (s.`a.w) yang mengikut
empat mahzab Ahlu Sunnah Wal Jamaah (Hanafi, Syafii, Maliki, Hambali)
dengan mereka yang mengikut fahaman Muhamad bin Abd al-Wahhab, dan
juga bertujuan untuk menghalang berbagai bentuk eksploitasi (istighlal).

Manakala nama Salafi pula digunakan oleh golongan Wahhabiyyah untuk
berselindung bahawa mereka mengikut golongan Salaf abad pertama, sedangkan
hakikatnya mereka adalah penganut fahaman (mahzab) Syeikh Muhammad bin
Abd al-Wahhab.

Syeikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab yang mengaku membawa pemikiran
Ibn Taimiyyah telah menyebar fahaman al-Wahhabiyyah dan ia merebak ke
seluruh pelusuk tempat seumpama kanser (al-saratan) dalam tubuh badan
manusia. Dia mendirikan sebuah fahaman atau pun dengan kata-kata lain,
mazhab atas nama Tawhid dengan menjatuhkan hukuman ke atas Ahl al-
Tawhid, menumpahkan darah umat Islam atas alasan jihad menentang golongan
musyrikin hingga menyebabkan beribu-ribu orang Islam, lelaki dan wanita, kecil
dan besar menjadi mangsa bid`ah mereka yang sesat.

Ia turut sama menyebabkan perselisihan (khilaf) yang sempit semakin membesar
dan menjadi-jadi di kalangan umat Islam dan dengan cara yang sebegitu juga,
mazhab yang baru ini kelihatan dihubungkan dengan mazhab-mazhab ASWJ
yang mana menyebabkan seterusnya banyak pertelingkahan sesamanya.

Kelihatan juga bahawa unsur-unsur penjajahan (al-isti`mar) Britain begitu jelas
menerusi fahaman tersebut dan musuh Islam mengambilnya sebagai cara yang
terbaik untuk mewujudkan perpecahan, pertelagahan, persengketaan,
permusuhan, perselisihan dan pertentangan di kalangan umat Islam sendiri.
Fahaman tersebut juga turut memperkuatkan dan memperkukuhkan matlamat
penjajahan Britain dengan mengada-adakan fitnah di kalangan umat Islam
seperti menuduh orang-orang Islam yang lain sebagai fasiq dan kafir.
Sehinggalah persengketaan sesama Muslim ini menjadi salah satu faktor
kelemahan serta keruntuhan kepada Kekhalifah Othmaniah Turki dan
memudahkan kekuasan penjajahan Barat dirantau negara Islam diwaktu
tersebut. (Kini perkara yang sama dilakukan oleh musuh Islam seperti
menggunakan mereka yang beraliran keras Wahabi-salafi seperti Al-Qaedah
atau Taliban untuk melemahkan serta memecah-belahkan Umat Islam dan
dengan ini memudahkan musuh Islam menawan tanah-tanah Islam atau
meletakkan tanah-tanah Islam dibawah naugan mahupun kekuasaan mereka)

Umat Islam yang tidak prihatin dan mempunyai pemikiran yang cetek dengan
mudah diperdayakan oleh mereka sehingga akhirnya mereka sama ada secara
sedar atau tidak, turut sama menyokong usaha-usaha fahaman Wahhabi dan
Britain, bahkan melaksanakannya dalam kehidupan mereka menerusi perbuatan
dan tindakan terhadap umat Islam lain yang disangkakan sebagai lawan-lawan
mereka. Keadaan yang berlanjutan ini menyebabkan umat Islam menjadi lemah
dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi
bertopeng dengan Islam.

Penduduk Najd berfahaman (mazhab) Wahhabiyyah memperolehi bantuan dan
pertolongan Britain yang ingin melihat perpecahan negara Islam kepada negara-
negara yang lebih kecil dari segi kedudukan geografi sehinggalah mereka dapat
menguasai Tanah Arab dan menukar kepada nama individu iaitu Saudi yang
mana seolah-olah seluruh Tanah Arab adalah kepunyaan keturunan Saud.
Sesiapa sahaja menentang keluarga Saud dan tidak sefahaman dengan
Muhammad bin Abd al-Wahab akan dibunuh, hartanya dirampas manakala
anak-isterinya dijadikan hamba.

Mereka juga ketika memegang kekuasaan diMekkah dengan secara sengaja
berusaha menghapuskan segala kesan dan tinggalan Islam di kota-kota Makkah
dan Madinah dalam operasi pemusnahan secara besar-besaran telah dilakukan.
Mereka memusnahkan apa sahaja yang ada di al-Mu`alla dan meratakan tanah
perkuburan al-Baqi diMadinah. Juga turut memusnahkan kubah zam-zam dan
kubah-kubah lain di sekitar Ka`bah, seterusnya diikuti oleh kawasan-kawasan
lain yang mempunyai kesan dan tinggalan orang-orang salih. Dan semasa
mereka melakukan pemusnahan itu, mereka membuang kekotoran sambil
memukul gendang (al-tubul) dan menyanyi dengan mengeluarkan kata-kata
mencaci dan menghina kubur-kubur , sehingga dikatakan sebahagian daripada
mereka sanggup kencing di atas kubur-kubur para salihin tersebut.
Para-para ulama Sunni telah bersama-sama bangkit menentang serangan

fahaman (mazhab) Wahhabiyyah. Mereka telah menulis, menerbitkan kitab-
kitab dan menjelaskan keburukan dan kejahatan tokoh-tokoh Wahabiyyah yang
berusaha untuk merealitikan cita-cita dan harapan mereka dan juga penguasaan
Britain keatas umat Islam menerusi bentuk baru.

Para ulama al-Hanbali memberontak terhadap Muhammad bin `Abd al-Wahhab
dan mengeluarkan hukum bahawa akidahnya adalah sesat, menyeleweng dan
batil awalnya. Tokoh pertama yang mengisytiharkan penentangan terhadapnya
adalah bapaknya sendiri, al-Syaikh `Abd al-Wahhab, diikuti oleh saudaranya, al-
Syaikh Sulayman. Kedua-duanya adalah dari mazhab al-Hanabilah. Al-Syaikh

Sulayman menulis kitab yang berjudul al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala al-
Wahhabiyyah untuk menentang dan menghantamnya. Di samping itu
tentangan juga datang kepadanya dari sepupunya, `Abdullah bin Husayn.

Mufti Makkah, Syeikh Zaini Dahlan mengatakan: “ `Abd al-Wahhab, bapak dari
al-Syaikh Muhammad adalah seorang yang saleh dan seorang tokoh ahli ilmu,
begitu juga dengan al-Syaikh Sulayman. Al-Syaikh `Abd al-Wahhab dan al-Syaikh
Sulayman, kedua-duanya dari awalnya yaitu ketika Muhammad mengikuti
pengajarannya di Madinah al-Munawwarah telah mengetahui pendapat dan
pemikiran Muhammad yang meragukan. Keduanya telah mengkritik dan
mencela pendapatnya dan mereka berdua turut memperingatkan orang-orang
mengenai bahayanya pemikiran Muhammad…” (Syeikh Zaini Dahlan, al-Futuhat al-
Islamiyah, Vol. 2, h.357.)

Dalam keterangan Syeikh Zaini Dahlan yang lain dikatakan bahawa “ bapaknya
`Abd al-Wahhab, saudaranya Sulayman dan guru-gurunya telah dapat
mengesani tanda-tanda penyelewengan agama (ilhad) dalam dirinya yang
didasarkan kepada perkataan, perbuatan dan tentangan Muhammad terhadap
banyak persoalan agama.”(Syeikh Zaini Dahlan, Fitnah al-Wahhabiyyah, h.4.)

`Abbas Mahmud al-`Aqqad al-Masri mengatakan: “ Orang yang paling kuat
menentang al-Syaikh dalam persoalan ini adalah saudaranya, al-Syaikh
Sulayman, penulis kitab al-Sawa`iq al-Ilahiyyah. Beliau tidak mengakui
saudaranya itu mencapai kedudukan berijtihad dan berkemampuan memahami
al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Syaikh Sulayman berpendapat bahawa para Imam
yang lalu, generasi demi generasi tidak pernah mengkafirkan ashab bid`ah,
dalam hal ini tidak pernah timbul persoalan kufur sehingga timbulnya
ketetapan mewajibkan mereka memisahkan diri daripadanya dan sehingga
diharuskan pula memeranginya kerana alasan tersebut.”

Al-Syaikh Sulayman berkata lagi bahawa: “ Sesungguhnya perkara-perkara itu
berlaku sebelum zaman al-Imam Ahmad bin Hanbal iaitu pada zaman para
Imam Islam, dia mengingkarinya manakala ada di antara mereka pula
mengingkarinya, keadaan itu berlanjut hingga dunia Islam meluas. Semua
perbuatan itu dilakukan orang-orang yang kamu kafirkan mereka kerananya,
dan tiada seorang pun dari para Imam Islam yang menceritakan bahawa
mereka mengkafirkan (seseorang) dengan sebab-sebab tersebut. Mereka tidak
pernah mengatakan seseorang itu murtad, dan mereka juga tidak pernah
menyuruh berjihad menentangnya. Mereka tidak menamakan negara-negara

orang Islam sebagai negara syirik dan perang sebagaimana yang kamu katakan,
bahkan kamu sanggup mengkafirkan orang yang tidak kafir kerana alasan-
alasan ini meskipun kamu sendiri tidak melakukannya…” (Al-Islam fi al-Qarn al-
`Isyrin, h.108-109.)

Bantahan pertama berjudul ash-Shawa’iq al Ilahiyyah yang ditulis oleh al-Syaikh
Sulayman, yaitu abang kepada Muhammad sendiri dan yang kedua berjudul
Fashl al Khitab fi ar- Raddi ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab. Begitu juga
seorang ulama madzhab Hanbali ternama, seorang mufti Makkah pada
masanya, Syekh Muhammad ibn Humaid,tidak menyebutkan nama
Muhammad ibn Abdul Wahhab dalam jajaran ulama madzhab Hanbali,
padahal dalam kitabnya berjudul as-Suhub al Wabilah ‘ala Dhara’ih al
Hanabilah ia menyebutkan sekitar 800 ulama laki-laki dan perempuan dari
kalangan madzhab Hanbali. Yang disebutkan dalam kitab tersebut adalah
biografi ayahnya; Syekh Abdul Wahhab. Syekh Muhammad ibn Humaid memuji
keilmuan ayahnya dan menyebutkan bahwa ayahnya ini semasa hidupnya
sangat marah terhadap Muhammad (anaknya) tersebut dan memperingatkan
orang-orang untuk menjauh darinya. Syeikh Abdul Wahab, ayah kepada
Muhamad Abdul Wahab berkata: “Kalian akan melihat kejahatan yang akan
dilakukan oleh anakku (Muhammad ibnu Abdul Wahab)”.

Syeikh Muhammad ibn Abdul Wahhab telah membuat agama baru yang
diajarkan kepada pengikutnya. Dasar ajarannya ini adalah menyerupakan Allah
dengan makhluk-Nya dan meyakini bahwa Allah adalah benda yang duduk di
atas Arsy. Keyakinan ini adalah penyerupaan Allah dengan makhluk-Nya,
karena duduk adalah salah satu sifat manusia. Dengan ajarannya ini, Syeikh
Muhammad ibn Abdul Wahhab telah menyalahi firmanAllah:
الشورى): 11
Maknanya: “Dia (Allah) tidak menyerupai segala sesuatu dan tidak ada
sesuatupun yang menyerupai-Nya” (QS. asy-Syura: 11)

Para ulama salaf bersepakat bahwa barang siapa yang menyifati Allah dengan
salah satu sifat di antara sifat-sifat manusia maka ia telah kafir. Sebagaimana hal
ini ditulis oleh Imam al Muhaddits as-Salaf ath-Thahawi (227 – 321 H) dalam
kitab aqidahnya yang terkenal dengan nama al Aqidah ath-Thahawiyah, teks
pernyataannya adalah:
Maknanya: “Barang siapa mensifati Allah dengan salah satu sifat dari sifat-sifat
manusia, maka ia telah kafir”.

Di antara keyakinan lain golongan Wahhabiyyah ini adalah mengkafirkan orang
yang berkata: “Yaa Muhammad…”. Mereka (golongan Wahhabiyyah) dalam
hal ini telah menyalahi para sahabat dan orang-orang salaf yang shalih. Telah
menjadi kesepakatan bahwa boleh berkata “Yaa Muhammad…” ketika dalam
kesusahan. Semua umat Islam bersepakat tentang kebolehan ini dan
melakukannya dalam praktek keseharian mereka, mulai dari para sahabat nabi,
para tabi’in dan semua generasi Islam hingga kini. Bahkan Imam Ahmad ibn
Hanbal; Imam Madzhab Hanbali yang mereka katakan bahawa mereka
mengikut mahzab ini, telah menyatakan kebolehan menyentuh dan meletakkan
tangan di atas makam Nabi Muhammad s.a.w, menyentuh mimbarnya dan
mencium makam dan mimbar tersebut apabila diniatkan untuk bertaqarrub
(mendekatkan diri) kepada Allah dengan bertabarruk.

Hal ini ia sebutkan dalam kitabnya yang sangat terkenal berjudul al Jami’ fi al
‘Ilal wa Ma’rifati ar-Rijal. Mereka telah menyimpang dari jalur umat Islam
dengan mengkafirkan orang yang beristighatsah kepada Rasulullah s.a.w dan
bertawassul dengannya setelah wafatnya. Mereka berkata: “Bertawassul dengan
selain yang hidup dan yang hadir (ada di hadapan kita) adalah kufur”. Atas dasar
kaedah inilah, mereka mengkafirkan orang yang berbeza pendapat dengan
mereka dalam masalah tawassul ini dan menghalalkan pembunuhan kepada
mereka yang tidak sependapat dengan mereka.

Syeikh Muhammad ibn Abdul Wahhab berkata: “Barang siapa yang masuk dalam dakwah kita maka ia mendapatkan hak sebagaimana hak-hak kita dan memiliki kewajiban sebagaimana kewajiban-kewajiban kita dan barang siapa yang tidak masuk (dalam dakwah kita) maka ia kafir dan halal darahnya”.

Begitu banyak lagi kitab-kitab yang banyak ditulis dalam membantah mereka
seperti kitab yang berjudul ar-Raddu al Muhkam al Matin karya seorang
muhaddits daratan Maroko yaitu Syekh Abdullah al Ghammari dan kitab yang
berjudul al Maqalat as-Sunniyah fi Kasyfi Dhalalat Ahmad ibn Taimiyah karya
muhaddits daratan Syam; Syekh Abdullah al Harari. Kitab yang terakhir disebut
ini dinamakan demikian karena Muhammad ibn Abdul Wahhab mengambil
fahaman dalam mengharamkan tawassul kecuali dengan orang yang hidup dan
yang hadir dari kitab-kitab Ibnu Taimiyah (W. 728 H).

Padahal Ibnu Taimiyah menyarankan bagi orang-orang yang terkena semacam
kelumpuhan (al Khadar) pada kaki, hendaklah mengucapkan: “Yaa
Muhammad…”. Pernyataan Ibnu Taimiyah ini ia tulis dalam karyanya al Kalim
at-Thayyib terbitan al Maktab al Islami, Cet. Ke-5 tahun 1405 H/1985.
Pernyataannya ini menyalahi apa yang ia tulis sendiri dalam karyanya at-
Tawassul wa al Wasilah. Muhammad ibn Abdul Wahhab mengambil fahaman
dalam mengharamkan tawassul dari kitab at-Tawassul wa al Wasilah dan tidak
menyetujui apa yang ditulis Ibnu Taimiyah dalam kitab al Kalim ath-Thayyib.
Latar belakang Pengasas Mazhab Wahhabi yyah

Muhammad bin `Abd al-Wahhab dilahirkan di perkampungan `Uyainah, salah
satu kampung di Najd di bagian selatan pada tahun 1115H/1703M. Bapaknya,
`Abd al-Wahhab merupakan seorang Qadhi. Muhammad dikatakan pernah
mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapaknya, yang juga adalah salah
seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Semenjak kecil, dia mempunyai hubungan
yang erat dengan pengkajian dan pembelajaran kitab-kitab tafsir, hadits dan
akidah.

Pada masa remajanya, Muhammad selalu merendah dan mengabaikan syiar
agama yang biasanya dipegang oleh penduduk Najd, bukan saja di Najd bahkan
hingga ke Madinah selepas dia kembali dari menunaikan haji. Dia sering
mengadakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam majlis-majlis
agama, dan dia tidak suka kepada orang yang bertawassul kepada Nabi (s.`a.w)
di tempat kelahiran (marqad) baginda yang suci itu.

Kehidupannya selama beberapa tahun dihabiskan dengan mengembara dan
berdagang di kota-kota Basrah, Baghdad, Iran, India dan Damaskus. Di
Damaskus, dia telah menemui kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah al-Harrani
(m.728H/1328M) yang mengandungi ajaran-ajaran yang berunsur kontroversi
berbanding dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

Dia kembali ke Najd dan kemudian pindah ke Basrah. Dalam perjalanannya ke Syam, di Basrah dia cuba memenuhi matlamatnya mencegah banyak orang dari melakukan syiar agama mereka dan menghalang mereka dari perbuatan tersebut. Justeru itu penduduk Basrah bangkit menentangnya, dan menyingkirkannya dari perkampungan mereka. Akhirnya dia melarikan diri ke kota al-Zabir.

Dalam perjalanan di antara Basrah dan al-Zabir, akibat terlalu letih berjalan
kerena kepanasan sehingga hampir-hampir menemui ajalnya, seorang lelaki
(dari kota al-Zabir) telah menemuinya lalu membantunya ketika melihatnya
berpakaian seperti seorang alim. Dia diberikan minuman dan dibawa balik ke
kota tersebut. Muhammad bin `Abd al-Wahhab berniat untuk ke Syam tetapi dia
tidak mempunyai harta dan bekalan yang mencukupi, lalu bermusafir ke al-
Ahsa’ dan dari situ, terus ke Huraymilah (dalam kawasan Najd) juga.
Pada tahun 1139H/1726M, bapaknya pindah dari `Uyainah ke Huraymilah dan
dia ikut serta dengan bapaknya dan belajar dengannya tetapi masih meneruskan

tentangannya yang kuat terhadap amalan-amalan agama di Najd, yang
menyebabkan terjadinya pertentangan dan perselisihan yang hebat di antaranya
dan bapaknya di satu pihak dan, di antaranya dengan penduduk-penduduk Najd
di pihak yang lain. Keadaan tersebut terus berlanjutan hingga tahun
1153H/1740M apabila bapaknya meninggal dunia.(5)(6) Sejak dari itu,
Muhammad tidak lagi terikat. Dia telah mengemukakan fahaman-fahaman
akidahnya serta menolak segala fahaman yang berbeza dengannya disamping
menyeru insan lain menyertai kumpulannya.

Muhammad kembali ke `Uyainah yang pada saat itu diperintah oleh `Utsman
bin Hamad yang menerima dan memuliakannya hingga berlakulah ketetapan di
antara mereka berdua bahawa setiap orang hendaklah mempertahankan yang
lain dengan orang memegang kekuasaan dalam perundangan Islam (al-tasyri`)
dan seorang lagi dalam pemerintahan. Pemerintah `Uyainah mendukung
Muhammad dengan kekuatannya dan Muhammad bin `Abd al-Wahhab pula
menyeru manusia mentaati pemerintah dan para pengikutnya.

Berita telah sampai kepada pemerintah al-Ahsa’ bahawa Muhammad bin `Abd
al-Wahhab mendakwahkan pendapat dan bid`ahnya, manakala pemerintah
`Uyainah pula mendukungnya. Beliau telah memerintahkan supaya suatu risalah
peringatan dan ancaman diantar kepada pemerintah `Uyainah. Pemerintah
`Uyainah telah memanggil Muhammad dan memberitahunya bahawa dia enggan
membantunya. Ibn `Abd al-Wahhab berkata kepadanya: “ Sekiranya engkau
membantuku dalam dakwah ini, engkau akan menguasai seluruh Najd.”
Pemerintah tersebut menyingkirkannya dan memerintahkannya meninggalkan
`Uyainah dengan cara mengusirnya pada tahun 1160H/1747M.

Pada tahun itu, Muhammad keluar dari `Uyainah ke Dar`iyyah di Najd yang
diperintah oleh Muhammad bin Sa`ud (m.1179H/1765M) yang kemudian
menziarahi, memuliakan dan menjanjikan kebaikan kepadanya. Sebagai
balasannya, Ibn `Abd al-Wahhab memberikan kabar gembira kepadanya dengan
jaminan penguasaan Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu ketetapan
dimateraikan. Penduduk Dar`iyyah mendukungnya yang mana Muhammad ibn
`Abd al-Wahhab dan Muhammad bin Sa`ud memeterai perjanjian atau
memorandum kesepakatan antar keduanya (`aqd al-Ittifaqiyyah). Mereka
kemudiannya melakukan penguasaan keatas Tanah Arab dan menukar namanya
kepada Arab Saudi, seolah-olah keseluruhan Tanah Arab adalah milik mutlak
keturunan Saud.

Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan: “ Penduduk
Dar`iyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kesusahan,
mereka lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka … Aku lihat
kesempitan hidup mereka pada saat pertama tetapi kemudian aku lihat al-
Dar`iyyah setelah itu – pada zaman Sa`ud, penduduknya memiliki harta yang

banyak dan senjata dibaluti emas, perak, kuda yang baik, para bangsawan,
pakaian mewah dan lain-lain apalagi sumber-sumber kekayaan sehingga lidah
kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci tidak mampu diuraikan.”

“ Aku lihat tempat orang ramai pada hari itu, di tempat dikenali al-Batin – aku
lihat kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di pihak lain, aku lihat emas,
perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan semua makanan tidak mungkin
dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh mata memandang, aku dengar
hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli … “

Harta yang banyak itu tidak diketahui dari mana datangnya, dan Ibn Basyr al-
Najdi sendiri tidak memberikan sumber harta kekayaan yang banyak itu tetapi
berdasarkan fakta-fakta sejarah, Ibn `Abd al-Wahhab memperolehinya dari
serangan dan serbuan yang dilakukannya bersama-sama para pengikutnya
terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota yang kemudian meninggalkannya
untuknya. Ibn `Abd al-Wahhab merampas harta kekayaan itu dan membagi-
bagikannya kepada penduduk Dar`iyyah.

Ibn `Abd al-Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembahagian harta
rampasan dari umat Islam yang meninggalkannya. Ada kalanya, dia
membagikannya kepada 2 atau 3 orang pengikutnya. Amir Najd menerima
bagiannya dari ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin `Abd al-
Wahhab sendiri. Ibn `Abd al-Wahhab melakukan mu`amalah yang buruk dengan
umat Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya seperti
mu`amalah terhadap kafir harbi dan dia menghalalkan harta mereka.

Ringkasnya, Muhammad ibn `Abd al-Wahhab kelihatan menyeru kepada agama
Tawhid tetapi tawhid sesat ciptaannya sendiri, dan bukannya tawhid menurut
perintah al-Qur’an dan al-Hadits. barangiapa yang tunduk (kepada tawhidnya)
akan terpelihara diri dan hartanya dan barangsiapa yang enggan maka dianggap
kafir harbi (yang perlu diperangi) sama darah dan hartanya.

Di atas alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai Najd dan kawasan-kawasan
diluarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria dan `Iraq dengan kekerasan.
Mereka merenggut keuntungan yang berlimpah dari kota-kota yang mereka
kuasai mengikut kemauan dan kehendak mereka, dan jika mereka boleh
menghimpunkan kawasan-kawasan itu ke dalam kekuasaan dan kehendak
mereka, mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka hanya
memadai dengan merampas harta kekayaan saja.

Muhammad memerintahkan orang-orang yang cenderung mengikuti dakwahnya
supaya memberikan bai`ah dan orang-orang yang enggan wajib dibunuh dan
dibagi-bagikan hartanya. Oleh kerana itu, dalam proses membuang dan
mengasingkan penduduk kampung di sekitar al-Ahsa’ untuk mendapatkan
bai`ah itu, mereka telah menyerang dan membunuh 300 orang dan merampas
harta -harta mereka.

Akhirnya Muhammad meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M tetapi para
pengikutnya telah meneruskan mazhabnya dan menghidupkan bid`ah dan
kesesatannya kembali. Pada tahun 1216H/1801M, al-Amir Sa`ud al-Wahhabi
mempersiapkan tentara yang besar terdiri dari 20 000 orang dan melakukan
serangan ganas ke kota suci Karbala’ di `Iraq. Karbala merupakan sebuah kota
suci dihiasi dengan kemasyhuran dan ketenangan di hati umat Islam. Pelbagai
bangsa berhasrat untuk ke sana diantara mereka ada berbangsa Iran, Turki, Arab
dan sebagainya. Tentara Wahhabi mengepung dan memasuki kota itu dengan
melakukan pembunuhan, rampasan, runtuhan dan kebinasaan. Puak Wahhabi
telah melakukan keganasan dan kekejaman di kota Karbala’ dengan jinayah
yang tidak mengenal batas perikemanusiaan dan tidak mungkin dapat
dibayangkan. Mereka telah membunuh 5000 orang Islam atau bahkan lebih,
sehingga disebutkan sebanyak 20 000 orang.

Semasa kebangkitan Wahhabi dikota Thoif, mereka turut bertindak ganas
terhadap ulama Islam dikota Thoif dan ulama Islam yang berada
berhampiran dengannya termasuk ulama Islam diMekah dan diMadinah
yang tidak defahaman dengan mereka diantaranya:

1- Mufti Mekah Al-Mukarramah diwaktu tersebut yang merupakan
seorang Mufti bermahzab Syafii bernama Syeikh Abdullah Az-Zawawi
yang dibunuh dengan kejamnya oleh Wahhabi didepan rumahnya
dengan cara menyembelih hidup-hidup Mufti tersebut.
2- Kadi bernama Syeikh Abdullah Abu Al-Khoir juga dibunuh diwaktu itu.

3- Syeikh Jafar Asy-Syaiby serta beberapa ulama lain juga dibunuh
dengan kejam oleh tentera Wahhabi dengan menyembelih mereka
hidup-hidup.
Kesemua peristiwa kejam ini dilakukan pada tahun 1217H/1802M
dibawah Al-Amir Saudi, pendokong kuat Wahabbiyyah.(Rujuk fakta

sejarah kekejaman Wahhabi tersebut dalam kitab sejarah yang mu’tadil
berjudul Al-Awroq Al-Baghdadiyyah Fi Al-Hawadith An-Najdiyyah karangan
ulama sejarah bernama As-Said Ibrahim Ar-Rawi Ar-Rifa’iy pada mukasurat 2-4
percetakan An-Najah di Baghdad Iraq Tahun cetakan 1345Hijriyyah)

– Wahhabi membunuh umat Islam didalam masjid-masjid dan rumah-
rumah serta bertindak mengejar sesiapa sahaja yang melarikan diri dan
membunuh mereka. Sebahagian daripadanya dikumpulkan lalu
dipancung kepala manakala sebahagian lagi dibawa kelembah bernama
Wadi Aluj yang kering lagi kosong serta jauh dari perkampungan dan
ditinggalkan segala tawanan tersebut oleh Wahhabi dalam berkeadaan
tanpa seurat benang antara lelaki dan wanita.(Rujuk fakta sejarah tersebut
dalam kitab sejarah berjudul Sofahaat Min Tarikh Al-Jazirah Al-Arabiyah Al-
Hadithah pada mukasurat 178 dikumpulkan oleh Dr. Muhammad ‘Audh Al-Khatib)

Apabila al-Amir Sa`ud menyudahi perbuatan keji dan kejamnya di sana, dia
merampas khazanah harem al-Imam al-Husayn bin `Ali (`r.a) yang banyak
dengan harta, perhiasan dan hadiah yang dikurniakan oleh raja, pemerintah dan
lain-lain kepada maqam suci ini. Selepas melakukan keganasan yang cukup
menjijikkan ini, dia kemudian menakluki Karbala’ untuk dirinya sehingga para
penyair menyusun qasidah-qasidah penuh dengan rintihan, keluhan dan dukacita
mereka.

Puak Wahhabi mengambil masa selama 12 tahun membuat serangan ke atas
kota Karbala’ dan kawasan sekitarnya, termasuk Najaf. Mereka kembali sebagai
perampas, penyamun dan pencuri dengan memulainya pada tahun
1216H/1801M.

Jelaslah, bahawa tawhid yang diserukan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab
dan jamaahnya adalah dengan mengharuskan darah dan harta orang yang
mengingkari dakwah mereka, juga menerima kata-kata atau akidah-akidah
mereka bahawa Allah berjisim, mempunyai anggota tubuh badan dan
sebagainya.

Dapat dilihat dalam kitab al-Radd `ala al-Akhna’i oleh Ibn Taimiyyah bahawa
dia menganggap hadits-hadits yang diriwayatkan tentang kelebihan ziarah
Rasulullah (s.`a.w) sebagai hadits mawdu` (palsu). Dia juga turut menjelaskan “
orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi masih hidup walaupun
sesudah mati seperti kehidupannya semasa baginda masih hidup,” dia telah
melakukan dosa yang besar. Ini juga yang diiktiqadkan oleh Muhammad bin
`Abd al-Wahhab dan para pengikutnya, bahkan mereka menambahkan
pemalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah tersebut.

Jelaslah bahawa Muhammad bin `Abd al-Wahhab bukan saja sengaja mengada-
adakan bid`ah dalam pendapat dan pemikirannya, bahkan beberapa abad
terdahulu sebelumnya, pendapat dan pemikiran seperti itu telah didahului oleh
Ibn Taimiyyah al-Harrani dan muridnya, Ibn al-Qayyim al-Jawzi dan tokoh-
tokoh seperti mereka berdua.
Ibn Taimiyyah dan penentangan terhadapnya

Dia ialah Abu al-`Abbas bin `Abd al-Halim atau lebih dikenali Ibn Taimiyyah
(m.728H/1328M) termasuk dalam kalangan ulama al-Hanabilah. Pendapat dan
pemikirannya bercanggah dan berlawanan dengan akidah ulama dan umat Islam
pada zamannya sehingga tokoh-tokoh ulama telah mengeluarkan perisytiharan
perang dan menghukumkannya fasiq dan sesat, terutama setelah akidahnya yang
penuh kebatilan dituliskan dan disebarkan kepada banyak orang.
Penentangan terhadap Ibn Taimiyyah dilakukan menerusi dua cara:

(1) Penulisan kitab-kitab dan tulisan-tulisan yang menjawab dan menyangkal
pendapat dan pemikirannya yang batil berdasarkan pandangan al-Qur’an dan al-
Hadits. Contohnya:
a) Taqi al-Din al-Subki dengan kitabnya, Syifa’ al-Siqam fi Ziyarah Qabr al-
Imam.
b) Al-Subki dengan kitabnya, al-Durrah al-Mudi’ah fi al-Radd `ala Ibn
Taimiyyah.
c) Taqi al-Din Abi `Abd-Allah al-Akhna’i, Qadi al-Qudat al-Malikiyyah.
d) Fakhr bin Muhammad al-Qarsyi, Najm al-Muhtadi wa Rajm al-Mutadi.
e) Taqi al-Din al-Hasani, Daf` al-Syubhah.
f) Taj al-Din, al-Tuhfah al-Mukhtarah fi al-Radd `ala Munkir al-Ziyarah.
Semua tokoh yang disebutkan di atas menolak pendapat dan pemikiran Ibn
Taimiyyah dan memperlihatkan kedangkalan serta kecetekan pendapatnya.

(2) Celaan dan kritikan para ulama dan fuqaha’ terhadapnya dengan
mengeluarkan hukum dan fatwa tentang kefasikan dan kekufurannya, dan
mereka turut memberikan peringatan tentang bid`ah dalam agama yang boleh
merusakkan, yang dihasilkan dari pemikirannya.

Tokoh ulama tersebut ialah al-Badr bin Jama`ah, Qadi al-Qudat di Mesir. Umat
Islam telah menulis kepadanya tentang pendapat Ibn Taimiyyah mengenai
ziarah kubur Nabi (s.`a.w). Qadi al-Qudat tersebut menjawab:
“ Ziarah Nabi adalah sunat yang dituntut. Ulama sepakat dalam hal ini dan
barang siapa yang berpendapat bahawa ziarah itu adalah haram, maka para

ulama wajib mengutuknya dan mencegahnya dari mengeluarkan pendapat
tersebut. Sekiranya dia enggan, maka hendaklah dipenjarakan dan direndahkan
kedudukannya sehingga umat manusia tidak mengikutinya lagi.

Bukan Qadi al-Syafi`iyyah di Mesir sahaja yang mengeluarkan fatwa ini,
bahkan Qadi al-Malikiyyah dan al-Hanbaliyyah turut serta mendakwa kefasikan
Ibn Taimiyyah dan menghukumkannya sebagai sesat dan menyeleweng. (Taqi al-
Din al-Hasani, Daf` al-Syubhah.)

Al-Dzahabi, salah seorang ulama abad ke-8H/14M, tokoh sezaman dengan Ibn
Taimiyyah telah menulis sebuah risalah kepadanya, dengan mencegahnya dari
mengeluarkan pendapat tersebut … dan beliau menyamakannya dengan al-
Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi dari segi kesesatan dan kejahatan.( Al-Amini, al-
Ghadir, Vol. V, h.87-89; Ja`far al-Subhani, al-Wahhabiyyah fi al-Mizan, h.48. Risalah ini
dikatakan terdapat dalam Kitab Takmilah al-Sayf al-Sayqal, h.190.) sumber : http://www.scribd.com

20/02/2011 - Posted by | Sekilas info | , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Sorry, the comment form is closed at this time.

%d bloggers like this: